Monday, April 21, 2008

mu pikir ambik ah...




Ladang babi di Selangor:
Tuan Guru Nik Aziz sokong .............


Oleh anak kecik
Isnin, 21 April 2008
PASIR PUTEH: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan kerajaan Selangor untuk meluluskan ladang ternakan babi secara komersial asalkan ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Katanya, tiada sebab mana-mana pihak menghalang cadangan itu sekiranya syarikat yang mengusahakan ladang berkenaan dapat memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Kita sokong asalkan ia tidak akan mencemarkan alam sekitar dan penduduk bukan Islam juga berhak dalam soal menternak babi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas langkah kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluluskan cadangan itu kepada sebuah syarikat untuk menternak babi di Sepang.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata kerajaan Kelantan bagaimanapun tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuka ladang ternakan babi secara komersil di negeri itu.
“Cukuplah ladang yang sedia ada (yang diternak oleh bukan Islam) di belakang rumah.” katanya.

3 comments:

Azanaziz said...

ntah apae-ape ntah tok guru yang sorang ni... udah le besekongkol dengan DAP yg nyata tak mau menerima Islam, pastu sokong plak projek mega babi. lepas ni, PAS akan kuarkan plak fatwa membenarkan Islam ternak babi, pegang babi dan jual babi. layak ke dipanggil tok guru? TOK DUNGU sepatutnya...!!!!

Amir Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Amir Abdullah said...

Alangkah baik sekiranya, kerajaan selangor memulakan projek ternakan Lembu @ kambing secara mega dan moden yang ternyata lebih memberi manafaat kepada keseluruhan rakyat selangor.

Rasanya majoriti rakyat selangor makan daging, tapi tak semua makan daging babi ni....

Nak tengok apa pula lepas ni?....
Kongsilah Ilmu untuk semua